ATURCARA PERJALANAN PAKEJ UMRAH/ZIARAH

13 HARI PENERBANGAN AIR ASIA TERUS KE JEDDAH

BULAN APRIL 2014M / 1435H

DIBAWAH PIMPINAN TUAN HAJI JAAFAR ESA

ATURCARA PERJALANAN

HARI 1            1 APR 2014                KUALA LUMPUR / JEDDAH / MADINAH

Berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah dengan penerbangan Air Asia (check-in 2 jam sebelum masa berlepas). Tiba di Jeddah pada hari yang sama akan disambut oleh wakil Misbah dan Muasassah untuk urusan perjalanan ke Madinah.

HARI 2            2 APR 2014                MADINAH

Selepas sarapan pagi, jemaah melakukan ziarah di sekitar Kota Madinah seperti melalui Perkuburan Baqi, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan akhir sekali ke pasar Tamar untuk membeli-belah. (Kembali ke hotel untuk solat Zuhor).

HARI 3            3 APR 2014                MADINAH / MAKKAH

Selepas ziarah Selamat Tinggal, jemaah check-out dan menuju ke Masjid Bir Ali untuk berniat umrah dan seterusnya ke Makkah untuk melakukan umrah bersama Mutawif.

HARI 4            4 – 6 APR 2014          MAKKAH

DAN HARI 6

Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan Ibadat di Masjidil Haram.

HARI 7            7 APR 2014                MAKKAH

Selepas sarapan pagi, jemaah dibawa melawat tempat-tempat bersejarah disekitar Kota Makkah seperti Jabal Thur, Padang Arafah, Mudzalifah, Mina, Jabal Nur dan akhir sekali ke Jaaranah sebelum kembali semula ke Makkah (di Jaaranah, jemaah boleh berniat umrah sekiranya ingin mengerjakan umrah).

HARI 8            8 – 11 APR 2014        MAKKAH

HINGGA HARI 11

Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan Ibadat di Masjidil Haram atau melakukan umrah.

HARI 12          12 APR 2014              MAKKAH / JEDDAH / KUALA LUMPUR

Selepas melakukan Tawaf Selamat Tinggal, jemaah berangkat ke Airport Jeddah untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 13          13 APR 2014              KUALA LUMPUR

Insya-Allah tiba di LCCT dengan pesawat Air Asia.

JADUAL PENERBANGAN (TEMPOH 13 HARI)

D7 172 01 APR 2014 KUALA LUMPUR / JEDDAH 11.00 PAGI / 3.30 PETANG
    01 APR 2014 JEDDAH / MADINAH KENDERAAN
    03 APR 2014 MADINAH / MAKKAH KENDERAAN
D7 173 12 APR 2014 JEDDAH / KUALA LUMPUR 5.25 PETANG / 7.25 PAGI

Tiba di LCCT pada 13 April 2014, jam 7.25 pagi.

HARGA PAKEJ : 3@4 ORANG SEBILIK

Dewasa dan kanak-kanak (dibawah 12 tahun) : RM 5,450.00

2 orang sebilik tambahan : RM 450.00 seorang

HARGA TERMASUK

  1. Tiket Penerbangan pergi/balik dengan penerbangan Air Asia.
  2. Airport Tax Kuala Lumpur, Jeddah dan Fuel Charges (YQTax).
  3. Penginapan Hotel Al-Fairuz Shatta, atau setaraf di Madinah, Hotel Al-Khaimah, atau setaraf di Makkah.
  4. Ziarah di Makkah/Madinah.
  5. Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
  6. Perkhidmatan Mutawif.
  7. Pengangkutan di dalam aturcara lawatan Makkah/Madinah (jenis pengangkutan mengikut bilangan jemaah).
  8. Beg besar, beg kecil, buku panduan umrah dan air zam-zam seberat 10 liter (termasuk balutan plastik).
  9. Kos angkat barang dan tips-tips yang berkaitan (kecuali di Airport Jeddah sahaja).
  10. Kos visa umrah Muasassah.

HARGA TIDAK TERMASUK

  1. Barang yang melebihi had 30 kilo.
  2. Panggilan telefon, dobi pakaian dan telegram peribadi.
  3. Makan / minum selain dari yang di sediakan dalam aturcara.
  4. Wang upah, tips dan lain-lain perbelanjaan persendirian.
  5. Sijil kesihatan dan suntikan.
  6. Pengangkutan ke Tanae’im untuk berniat umrah pada acara bebas.
  7. Lawatan ke Muzium dan ke Masjid Hudaibiyah untuk berniat umrah.

 - Tertakluk kepada perubahan semasa -

Muat Turun

Borang Pengesahan PJH
Borang
Borang Upah Haji
Borang