ATURCARA PERJALANAN PAKEJ UMRAH/ZIARAH

13 HARI PENERBANGAN AIR LANKAN

MUSIM CUTI SEKOLAH (BULAN MAY/JUN 2015M / 1436H)

DIBAWAH PIMPINAN TUAN HAJI AB RAHMAN KHASIM

 

 

ATURCARA PERJALANAN

 

HARI 1            28 MAY 2015              KUALA LUMPUR / COLOMBO / JEDDAH / MADINAH

Berlepas dari KLIA, 8.50 pagi dengan penerbangan Sri Lankan Airlines. Tiba di Airport Colombo jam 9.45 pagi, wakil Sri Lankan Airlines akan menjemput jemaah dan dibawa ke ruang transit untuk penerbangan ke Jeddah. Tiba di Airport Jeddah, jam 6.00 petang. Wakil Misbah dan pihak Muasassah akan menjemput jemaah menaiki kenderaan menuju Madinah. Tiba di Madinah terus check-in di hotel untuk penginapan.

HARI 2            29 MAY 2015              MADINAH

Jemaah melakukan ziarah di sekitar Kota Madinah seperti melalui Perkuburan Baqi, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan akhir sekali ke Pasar Tamar untuk membeli-belah. (kembali ke hotel untuk solat Zuhor).

HARI 3            30 MAY 2015              MADINAH / MAKKAH

Selepas Ziarah Selamat Tinggal, jemaah check-out dan menuju ke Masjid Bir Ali untuk berniat umrah dan seterusnya ke Makkah untuk melakukan umrah bersama Mutawif.

HARI 4            31 MAY 2015              MAKKAH

Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan Ibadat di Masjidil Haram atau melakukan umrah.

HARI 5            1 JUN 2015                 MAKKAH

Jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah sekitar Kota Makkah seperti ke Jabal Thur, Padang Arafah, Mudzalifah, Mina, Jabal Nur dan akhir sekali Jaaranah sebelum kembali semula ke Makkah. Di Jaaranah jemaah boleh berniat umrah, sekiranya ingin mengerjakan umrah.

HARI 6            2 – 7 JUN 2015           MAKKAH

HINGGA HARI 11

Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan Ibadat di Masjidil Haram atau melakukan umrah.

HARI 12          8 JUN 2015                 MAKKAH / JEDDAH / COLOMBO

Selepas mengerjakan Tawaf Selamat Tinggal, jemaah berangkat ke Airport Jeddah untuk penerbangan ke Colombo.

HARI 13          9 JUN 2015                 COLOMBO / KUALA LUMPUR

Berlepas dari Colombo, jam 7.20 pagi dan tiba di KLIA dengan pesawat Sri Lankan Airlines jam 1.35 tengahari.

 

JADUAL PENERBANGAN (TEMPOH 14 HARI)

UL 319 28 MAY 2015 KUALA LUMPUR / COLOMBO
8.50 PAGI / 9.45 PAGI
UL  285 28 MAY 2015 COLOMBO / JEDDAH
12.05 T.HARI / 6.00 PETANG
    28 MAY 2015 JEDDAH / MADINAH
KENDERAAN BERHAWA DINGIN
    30 MAY 2015 MADINAH / MAKKAH
KENDERAAN BERHAWA DINGIN
UL 282 08 JUN 2015 JEDDAH / COLOMBO 8.00 MALAM / 4.25 PAGI
UL 314 09 JUN 2015 COLOMBO / KUALA LUMPUR 7.20 PAGI / 1.35 T.HARI

Tiba di KLIA pada 09 Jun 2015, jam 1.35 tengahari.

HARGA PAKEJ : 3@4 ORANG SEBILIK

Dewasa
: RM 6,250.00
kanak-kanak (dibawah 12 tahun) : RM 5,750.00

2 orang sebilik tambahan : RM 450.00 seorang

HARGA TERMASUK

  1. Tiket Penerbangan pergi/balik dengan penerbangan Sri Lankan.
  2. Airport Tax Kuala Lumpur, Jeddah dan Fuel Charges (YQTax).
  3. Penginapan Hotel Al-Shorfah di Madinah atau setaraf, Hotel Waha Dyeyafah di Makkah atau setaraf.
  4. Ziarah di Makkah/Madinah.
  5. Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
  6. Perkhidmatan Mutawif.
  7. Pengangkutan di dalam aturcara lawatan Makkah/Madinah (Jenis pengangkutan mengikut bilangan jemaah).
  8. Beg bimbit, beg kecil, buku panduan umrah dan air zam-zam seberat 5 liter (termasuk balutan plastik).
  9. Kos angkat barang dan tips-tips yang berkaitan (kecuali di Airport Jeddah sahaja).
  10. Kos visa umrah Muasassah.

HARGA TIDAK TERMASUK

  1. Barang yang melebihi had 30 kilo.
  2. Panggilan telefon, dobi pakaian dan telegram peribadi.
  3. Makan / minum selain dari yang di sediakan dalam aturcara.
  4. Wang upah, tips dan lain-lain perbelanjaan persendirian.
  5. Sijil kesihatan dan suntikan.
  6. Pengangkutan ke Tanae’im untuk berniat umrah pada acara bebas.
  7. Lawatan ke Muzium dan ke Masjid Hudaibiyah untuk berniat umrah.

 - Tertakluk kepada perubahan semasa -

 

Muat Turun

Borang Pengesahan PJH
Borang
Borang Upah Haji
Borang